Langkau ke kandungan utama

Hiking Is Life

Hari ni, terasa nak bagi sedikit ulasan dan tips untuk sesiapa yang berminat nak pergi hiking. Rentetan beberapa minggu ni, ada je masalah yang menimpa kaki hikers especially newbies.

Jadi disini, saya turunkan beberapa petua ye. Diharap tips ini berguna walaupun saya masih newbies gak dalam bidang ini. Selamat membaca:

1. Cuaca

Sila tengok ramalan cuaca terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Jika semalam hujan lebat, dan plan untuk hiking hari ini seawal pagi, perlu di ingat trail besar kemungkinan becak, berlumpur dan sedikit merbahaya.

2. Kasut

Guna kasut hiking yang sesuai untuk kaki. Selalunya ini yang paling diabaikan oleh pendaki sepanjang pemerhatian saya mendaki gunung atau bukit. Alasan seperti takde bajet atau kasut murah pun takpe tidak boleh dipandang ringan. Tahukah kalian, kaki anda merupakan anggota badan yang paling penting untuk meneruskan pendakian?

tips-daki-gunung-2

3. Pakaian

Sekiranya mendaki di tempat yang beraltitude tinggi, pakaian seperti cotton sahaja tidak sesuai sebab tidak menyerap peluh. Pakaian dari jenama Adidas, Nike, Under Armour yang menggunakan material Compression sangat bagus sebab dapat menyerap peluh dan membolehkan pendakian bertambah selesa.

4. Stamina

Sebelum memulakan pendakian, adalah dinasihatkan supaya membuat sedikit senaman ringan sekurang kurangnya 10-15 minit. Ini adalah untuk mengelakkan otot menjadi kejang sejurus selepas memulakan pendakian.

5. Makanan / Minuman

Adalah digalakkan mengambil makanan ringan seperti cereal sebelum memulakan pendakian. Jangan makan makanan seperti nasi lemak yang boleh mengakibatkan anda pancit dan tiada tenaga untuk mendaki.

Sediakan makanan ringan seperti coklat atau energy bar dan air 100 plus untuk dijadikan jajan sepanjang pendakian. Air 100 plus bagus untuk menggantikan garam dalam badan yang keluar semasa berpeluh dan boleh mengelakkan dari kejang bergelumang.

Baca: Perkongsian Menarik Bagaimana Lelaki Ini Tawan Puncak Gunung Rinjani Tanpa Latihan Fizikal

6. Masa

Perlu diingat, kita pergi mendaki bukan untuk mencatat rekod dunia tetapi untuk merasai pengalaman melalui satu tempat baharu.

7. Sesi bergambar

Saat yang paling dinantikan oleh para pendaki khususnya apabila berjaya mendaki puncak. Tapi jangan diabaikan aspek keselamatan hanya kerana nak mencipta SHOOT paling GRAND.

tips-daki-gunung-3

8. Percakapan dan adab

Bila memulakan perjalanan, bacalah Bismillahirahmanirahim dan berdoalah supaya dipermudahkan perjalanan. Jangan takbur dan riak dalam hutan. Jika terhidu sesuatu, mulut jangan celupar.

Tunggu sehingga selesai pendakian, barulah boleh bercerita pasal benda2 ghaib yang berlaku sebelum itu.

9. Semangat setiakawan

Selalunya ramai yang pergi dalam satu kumpulan. Adalah penting setiap anggota mengambil berat keadaan teman2 lain sepanjang pergi dan balik dari pendakian, dan bukannya hanya mementingkan diri sendiri untuk kepuasan peribadi.

10. Mental

Digalakkan pendaki untuk sentiasa berfikiran positif sepanjang perjalanan. Jangan terlalu mementingkan bila masa nak sampai puncak dan balik dengan segera tetapi mengabaikan aspek mental samada mampu atau tidak melakukannya.


Sekian untuk hari ini. Diharap tips ini boleh dijadikan panduan walaupun tidak seberapa. Assalamualaikum.

Sumber : Vocket

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ONE PIECE

Oraittt...hari nie aku nak cerita sikit pasal anime yg pling aku minat.,Anime nie diberi nama One Piece karya Eiichiro Oda, mula diterbitkan pada tahun 1997 sehingga la sekarang..oky anime One piece nie menceritakan tentang pegembaraan Monkey D Luffy yg merupakan seorang pemakan buah SETAN (Devil Fruit) yg mengakibatkan badanya mnjadi seprti getah yg mengembara bersama-sama krew2nya yang diberi nama Straw Hat pirate. Tujuan utama Luffy mengembara adalah untuk mencari harta karun yang diberi nama"One Piece" dan seterusnya menjadi raja lanun,okyy...siri anime ini produced by Toei Animation dan mula disiarkan pada tahun 1999 dan setakat hari ini sebanyak 721 episode telah ditayangkan.dan utk siri mangga pula One Piece telah mencatat rekod sebagai mangga terlaris didunia setakat ini. Bagi aku  secara peribadi la..watak yang paling aku minat dalam cerita ini ialah Monkey D Dragon iaitu ayah kepada Monkey D Luffy, Knp Dragon??? sbbnya dia nie misteri,unknown power dan ...

TOEI ANIMATION

Nama company Toei Animation begitu sinonim dengan kita,ingat cerita Dragon Ball atau One Piece mesti terlintas Toei Animation.Syarikat ini telah melahirkan ramai Animator terkemuka dunia seprti Hayao Miyazaki Dan Echiiro Oda.So disini sy nak coretkan sedikit sebyk tentang Toei Animation. Toei Animation ditubuhkan pada tahun 1948 dan sepanjang penubuhannya Toei Animation telah banyak mencipta siri TV dan filem.Toei juga merupakan pemegang saham terbesar untuk siaran televisyen berbayar iaitu ANIMAX,sehingga tahun 1998 syarikat ini dikenali sebagai Toei Doga. Doga yang membawa maksud Animasi dan Toei mengunakan kucing pero sebagai maskot mereka yang diadaptasi dari filem mereka Puss in Boots. Selain menghasilkan anime untuk keluaran di jepun,Toei juga berkerjasama dengan beberapa syarikat di Amerika Syarikat dalam bidang Animasi.

Keluang Man

Ini adalah salah satu animasi malaysia yg aku minat,zaman kanak2 dlu klau sebut cerita keluang man mesti teringat dengan nama-nama seperti Borhan,Tiong Man dan jugak Kathy Ismail,nama-nama ini adalah watak utama dalam cerita keluang man tersebut. Animasi ini sebenarnya diilhamkan oleh Raja Zaharuddin Shah pada tahun 1997 kerana menginginkan kehadiran AdiWira Kebangsaan. Konsep awal animasi ini dicipta oleh Kamm Ismail dan pasukannya,Animasi ini mempunyai sebanyak 30 episod yang bersiaran melalui siaran RTM 1. Cerita ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Borhan yang tinggal di hospital Bahagia sebenarnya adalah seorang pembela manusia iaitu Keluang Man. Borhan ditemani oleh pembantunya Tiong Man dalam menumpaskan musuh negara.Kathy ismail pula sebagai wartawan sering menjejaki Keluang Man untuk mengetahui indentiti sebenarnya tp tanpa disangka gelagat dan kelincahan Keluang Man telah menyebabkan dia jatuh cinta kepada Keluang Man. Walaupun dari segi aplikasi yg...